Tuesday 8 December 2015

Kuku Korang Sihat Tak?.






Tahu tak bila tengok kuku je korang boleh tengok orang tu sihat ke tak. Perubahan warna kuku korang boleh tengok pada tuan empunya badan.

Kuku terbentuk daripada satu lapisan  protein  keras yang dinamakan keratin dan kuku juga antara anggota badan yang paling lambat diuraikan sekiranya ditanam.


APA FUNGSI KUKU?



Ada 2 Fungsi. Yang Pertama dan Utama  bertindak sebagai pelindung kepada hujung jari. Fungsi kedua ialah, memberikan sensitiviti terhadap deria sentuh.

Hujung jari diliputi dengan reseptor yang banyak serta membenarkan kita menerima maklumat dengan lebih efektif apabila kita menyentuh sesuatu.

Kuku bertindak  sebagai penentang daya yang menambahkan lagi sensitivity kulit.walaupun pada kuku itu sendiri tidak mempunyai saraf reseptor.



KENALI KUKU SIHAT ATAU TIDAK!





  • KUKU YANG PUCAT

Keadaan ini selalunya Normal apabila usia semakin meningkat. Walau  bagaimana pun, jaga suka hati sangat, ini adalah tanda -tanda ANEMIA,DIABETES dan kegagalan fungsi jantung.



  • KUKU BERWARNA PUTIH
Hampir keseluruhan kuku berwarna putih dengan bingkai kuku  lebih gelap menandakan masalah hari seperti HEPATITIS.


  • KUKU KEKUNING-KUNINGAN
Antara penyebab kuku menjadi kuning ialah jangkitan FUNGUS. Dalam keadaan ini ,jangkitan sudah terlalu teruk ,lapisan kuku mungkin tertarik , kuku semakin menebal ,pecah serta hancur. 

Dalam sesetengah kes yang jarang berlaku,kuku kekuningan merupakan tanda kepada keadaan serius seperti penyakit berkaitan tiroid yang teruk atau psoriasis.


  • KUKU RETAK & MEREKAH
Kuku yang retak atau merekah selalunya dikaitkan  dengan masalah tiroid. Kombinasi kuku merekah dan kekuningan pula menunjukkan  terdapat jangkitan kuman.



AWAS!

  • Jangan salah gunakan kuku! Untuk mencegah kerosakan ,jangan gunakan kuku sebagai alat untuk mencungkil, menebuk , atau mengumpil sesuatu.

  • Jangan gigit kuku atau mengorek kutikel, perbuatan ini boleh merosakan isi kuku. Malah, torehan yang kecil di hujung kuku akan membenarkan bakteria atau kulat masuk dan mengakibatkan jangkitan .

  • Elakkan tabiat menggigit kuku kerana ia akan memburukkan bentuk kuku.


TAHUKAH KAMU?


  • Amalan menaip komputer atau mesin taip dapat merangsang pertumbuhan kuku.
  • Kuku mudah dijangkiti fungus atau kulat terutamanya pada kaki yang sering memakai kasut disebabkan persekitaran yang gelap, lembap dan hangat.
  • Kuku sama seperti rambut di mana kedua-duanya terdiri daripada protein yang sama iaitu keratin.








Alyaa Zainal 
 Perunding Jerawat Kecantikan Shaklee 
 ðŸ“± 013-2629310 🚙 Nilai,Seremban,Enstek

No comments:

Post a Comment