Saturday 26 December 2015

BAIK SEBELUM atau GUNAKAN SEBELUM?



Hai, semua!. Salam maulidur Rasul.

Arini nak cerita sikit pasal " Baik Sebelum "Dan " Guna Sebelum ". Ada beza tau dua ni. Jangan main tibai je.







Selalu kita perasaan, tag ni digunakan dalam PRODUK MAKANAN betul tak. Ini untuk menjaga kualiti makanan tersebut. Supaya ia kekal terjamin dan bersih.


Baik Sebelum  bermaksud KUALITI MAKANAN. Contoh makanan yang gunakan " Label " ni ialah Makanan dalam Tin, Coklat, Roti, Makanan Sejuk Beku.

Ini Bermaksud, selepas tarikh tu pun boleh guna lagi asalkan tiada perubahan warna atau rupa.

Manakala, Guna Sebelum bermaksud KESELAMATAN dalam Produk Makanan tersebut.Biasanya Digunakan dalam Bahan Mentah seperti Tenusu @ daging.

Makanan begini " Perlu Dibuang " pada tarikh itu kerana BAHAYA untuk dimakan.


Info Tambahan


  • Makanan dalam Tin tiada Bakteria, semasa proses ia Di Strill. ( Sebab tu letak label " Baik Sebelum"..)




No comments:

Post a Comment