Tuesday 6 October 2015

Tips Ceriakan Hidup Anda.

Bila Hatiku Resah. Gelisah. Mood Terbang.

Assalamualaikum,Teman-teman. Musim Jerebu amacam. Ada hokeh ada KO?. Insha Allah semuanya dalam keadaan Sihat hendaknya.

Aktiviti Luar jangan Lupa pakai " Mask" yea. Nanti kesihatan terganggu. Kesian En Paru-Paru. Bagi yang MEROKOK dan seumpamanya baru nak Kenal paru-paru ke?. Haha.

Ok, Semua. Arini nak bagi SEMUA ceria-ceria dalam keadaan Jerebu ni. Mestilah ada yang Frust , Stress DAN sebagainya. Betul tak?.Tipu kata semua tak pernah ada perasaan Down.Mesti ada yang ambil Cuti panjang untuk Legakan Perasaan Down tu.( Ini Kes Yang Berat).

Get Ready Semua Yea!.. Bismillahirahmannirrahim. :)



Ini Cara saya. Mungkin Bole menjadi Pengisian Yang Bermanfaat untuk semua. Kami,kalau Down memang rasa CENGENG je. Nak marah. Perasaan Serabut. Selera Tak ada. 


Apa YANG Akan saya BUAT?.



1) OFF/Silentkan Smartfone untuk kita rasa Selesa dan dapat bernafas seketika. Jauhkan Smartfon dari anda. 

2) Rehat. Pejam mata dan bayangkan Keindahan yang pernah anda lalui selama ini. 

3) Dengar lagu Sedih untuk bagi keluar semua YANG NEGETIF tu.( Sat je tau dengar jangan lama-lama).

4) Kalau perlu BERCUTI, ambil cuti untuk bagi semangat baru. Pergilah seketika dari tempat anda supaya anda rasa Selesa. ( Saya pergi Bercuti tempat yang ada Pantai).

5) Perbanyakkan Amalan Rohani. Sedekah. Baca Al quran. Zikir agar kita rasa Tenang Jiwa gitu. 

6) Berceritalah pada mereka yang Dipercayai. Tak pun luahkan pada Diary. 

Benda ni saya memang buat. Alhamdulilah menjadi. Kita perlu kuat yea, agar semua menjadi teratur. 

Nota: Allah tak akan uji kita, kalau kita tak kuat. Sebenarnya DIA rindu pada rintihan hati kita. Hidup Umpama RODA kejap atas kejap bawah. 

Semoga Bermanfaat,.. 




No comments:

Post a Comment